Kelas Video & Fotografi – Program Inovasi Usahawan Desa (IUD)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) merupakan satu inisiatif yang telah dijalankan oleh Pusat Internet sekitar Kelantan di bawah pengendalian Maxis Berhad bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan desa dalam membangunkan produk masing-masing. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu usahawan mengasah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk membangunkan produk. Kemahiran yang dimaksudkan itu adalah seperti kemahiran menggunakan komputer, kemahiran mengambil gambar dan video, pembelajaran teknik-teknik pemasaran secara atas talian dan lain-lain.

Seterusnya, program ini ditawarkan secara percuma oleh usahawan dari daerah berlainan. Kebanyakkan mereka telah mempunyai produk sendiri dan masih lagi dalam proses untuk membangunkan produk. Program ini akan terus berlansung sehingga bulan Mei akan datang dan peserta perlu menamatkan beberapa kelas lagi untuk melengkapkan topik-topik yang telah disusun.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali